Pencari sarang burung rela mati bila
diajak pulang
Sarang
burung merupakan suatu herba yang sangat
mahal dan sukar ditemui. Harganya boleh
mencecah puluhan ribu .
Tidak
hairanlah ramai orang berlumba-lumba untuk mencarinya di lembah mahupun di kaki
gunung. Dipercayai sarang burung mempunyai banyak khasiat yang sangat berguna
untuk tujuan perubatan dan produk kesihatan yang lain.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang pencari sarang
burung yang bernama Sulod. Sulod berasal dari kampung Kaingaran Ranau. Dia bertekad
ingin mengubah hidupnya dengan mengikuti rombongan beberapa orang sahabat dari
kampungnya untuk mencari sarang burung
untuk dijual kepada tauke cina. Salah
satu lokasi pencarian sarang burung yang popular di pedalaman daerah Ranau ialah
di hutan Kinolinganan yang terletak di Kampung Gusi.
Lalu dengan menggunakan perahu enjin sangkut, Sulod dan
beberapa orang sahabatnya pun mengharungi Sungai Sugud. Maka bermulalah aktiviti mencari sarang
burung di hutan tebal Kinolinganan. Hujan dan ribut yang melanda adalah lumrah
biasa yang dihadapi oleh Sulod dan rakan-rakannya.
Aktiviti mencari sarang burung begitu mencabar dan
berisiko. Aksi menjolok dan megait sarang
burung pada celah-celah lelangit gua bagaikan telur di hujung tanduk.Namun
semua itu tidak dihirukan oleh Sulod dan rakan-rakannya kerana itulah
satu-satunya sumber pendapatan mereka. Pada
era 90-an harga getah masih terlalu rendah, hanya 80 sen bagi sekilo harga
kepingan.
Setelah tiga hari mencari sarang burung, akhirnya Sulod
dan rakan-rakannya pun berehat. Hutan Kinolinganan tidaklah menghampakan mereka
dengan sarang burung. Adalah juga
sedikit sarang burung yang mereka dapat. Memandangkan mereka mempunyai saudara di
kampung Gusi, Sulod dan rakan-rakannya singgah sebentar di rumah saudara mereka
dan tinggal bersama selama beberapa hari
sebelum pulang ke kampung Kaingaran.
Sulod mengunjungi rumah bapa saudaranya di kampung
Gusi. Bapa saudaranya yang sudah lanjut
usia itu mempunyai seorang anak gadis yang bernama Yati. Yati yang baru berumur 23 tahun itu, tidaklah
terlalu cantik di mata Sulod, namun dia sangat peramah dan lasak orangnya. Mereka menyambut kedatangan Sulod dengan
mesra. Sehari berlalu Sulod tinggal
bersama dengan mereka, kedengaran bapa saudaranya menyuruh Yati supaya pergi berburu di hutan.
“ Tapi siapa kawan saya bapa? ’’tanya Yati.
“ Alaa...bawa
sahaja si Ulod tu ba...dia kan ada bot. Saya kepingin sudah mahu merasai daging
payau ni,’’ kata bapanya.
Sulod setuju.
Setelah bersiap sedia dengan membawa
peralatan seperti selimut, garam, beras, mangkuk dan bahan api, Sulod dan Yati pun bertolak dengan bot menyusuri
sungai Sugud menuju ke hutan Kinolinganan sekali lagi untuk berburu. Selaras senapang patah berlesen turut dibawa bersama. Setibanya di hutan Kinolinganan, mereka
berdua pun mulailah mencari bintang buruan.
Setiap kali melangkah, Yati selalu mendahului Sulod untuk meninjau ke
hadapan bagi mencari binatang buruan. Ternyata
Yati sangat lasak.
Dua tiga ekor pelanduk gemuk tumbang di tangan
Yati. Tembakannya tepat mengenai sasaran. Sulod pula ditugaskan oleh Yati untuk menyandang pelanduk yang ditembaknya. Dia tidak mahu Sulod mengambil giliran untuk
menembak. Memang hobi gadis itu ialah
menembak.
“ Aku pun
penembak tepat juga bah,” kata Sulod kepada Yati. Yati hanya tersengih mendengar Sulod
merungut kerana ingin memegang senapangnya.
Walhal jauh di sudut hati Sulod dia memikirkan perkara
lain. Langsung tidak terlintas di
fikirannya tentang binatang buruan. Yang
terbayang di fikirannya ialah bagaimana dia ingin membuat Yati percaya bahawa
dia juga adalah penembak jitu.
“ Aku boleh tembak sasaran tanpa bunyi, “boom!!”
hehe....”kata Sulod lagi.
“ Tembiranglah...tembak apa pula kalau tiada bunyi?”
Jawab Yati.
Meksipun
gadis itu nampak “tomboy” namun
gerak
gerinya tetap mempersona hati Sulod.
“
Kalau aku terburu-buru, takut nanti ditembaknya aku...bagaimana ya?” bisik hati
Sulod.
Tiba-tiba seekor ibu babi hutan yang gemuk mendengus
kuat serta berlari ke arah depan mereka berdua.
Yati kaget lalu menerpa ke arah
Sulod. Senapang di tangannya terlempar
jauh ke tepi. Sulod yang turut terkejut melihat kemaraan binatang itu
terpaku. Lalu dia rebah diterpa Yati
dari depan. Langsung tangan Sulod
terpegang buah belunu Yati yang sedang ranum itu.
“ Arggh...lepaskan tangan kau,’’ jerit Yati.
Mujur babi hutan itu menyimpang ke arah lain dan tidak
menyondol mereka berdua. Kalau tidak teruklah
mereka digigitnya. Menurut cerita orang tua, babi hutan tidak akan
melepaskan gigitannya terhadap mangsa selagi guruh tidak bergema di udara.
“ Marilah kita balik,” kata Yati.
“ Balik?” Sulod terdiam seketika. Dengan langkah yang
longlai dia mengambil dua ekor pelanduk yang terlempar ke tepi sebentar tadi.
Sulod berjalan mengikuti Yati. Mereka menyusur anak Sungai Sugud untuk menuju ke muara
sungai di mana mereka menambat bot enjin sangkut awal pagi tadi.
Sulod lambat-lambat berjalan dari belakang. Dia sedang
memeras akalnya untuk merencanakan niat yang dipendamnya sejak mereka pergi
berburu. Ketika mereka berdua semakin hampir ke muara sungai. Tiba-tiba Sulod
dia mendapat satu akal.
“ Tunggu dulu...” Jeritnya kepada Yati. Yati
berhenti sebentar dan menunggu
Sulod. Sulod menghampiri Yati.
“ Kenapa tu?’’ tanya Yati.
“ Tiada...pinjamkan aku senapang kau sekejap,”pinta
Sulod.
Yati memberikan senapang itu kepada Sulod dengan penuh
kehairanan. Mukanya berkerut memandang
gelagat Sulod. Lama Sulod duduk
mencangkung sambil membelek-belek senapang itu di atas batu besar tanpa berkata
sepatah kata pun.
“ Kau nak buat apa tu? Cepatlah kita balik rumah...nanti
hujan,” Kata Yati bersungut sambil menepis lalat yang menghurung kakinya.
“ Saya tak mahu
balik...”Jawab Sulod.
“ Kenapa?” tanya Yati.
“ Saya mahu mati di sini...nah, tembaklah saya kalau kau
mahu...saya rela mati,”
“Tapi kenapa?” tanya Yati lagi kehairanan.
Perlahan-lahan Sulod menjawab “ Saya sebenarnya teringin
benar x*@#^z sama kau ni...!! ”
“ Apa kau cakap? Jangan jadi gilalah..!!” Jerit Yati.
Pipinya nampak kemerah-merahan.
“ Sebab itulah kalau kau marah, kau bunuh sahaja saya
sekarang dengan senapang ini...saya rela mati di tangan kau..tapi saya tidak
akan balik selagi kau tak sudi x*@#^z
dengan saya...”
“ Jangan jadi gila...!!” Jerit yati sambil mengambil
senapang dari tangan Sulod. Dia
membelek-belek senapang itu dan memeriksa isinya.
Di kantungnya masih ada sepasang peluru gred BB dan
basut. Yati mengeluarkan peluru gred basut dari kantung itu dan memasukkannya
ke dalam senapang.
Ah...matilah saya kali ini...kalau dia betul-betul
tembak saya. Bisik hati Sulod.
Yati kemudian menghalakan muncung senapang ke arah
Sulod. Sebelah matanya membidik ke arah
sasaran. Sulod semakin gelisah. Dia
merasa bodoh dengan apa yang diperkatakannya sebentar tadi. Nafsunya yang mendidih-didih terhadap Yati
sebentar tadi semakin kendur.
Akan tetapi dia tetap diam.
Yati menarik nafas.
Dia kemudian mengeluarkan peluru basut dari senapang itu. Lalu dia mundar-mandir di tepi Sulod
sebentar seolah-olah memikirkan sesuatu.
“ Saya tak pandai memandu bot tu. Marilah kita pulang cepat. Jauh tu...nanti
kemalaman kita ” kata Yati perlahan.
“ Tak mahu...selagi kau tak tembak saya !!” tegas Sulod.
“Bah...kalau saya mengandung nanti siapa yang susah? Kau
bertanggungjawab jugakah ni?” Tanya Yati .
Mendengar kata-kata itu, Sulod terasa bagaikan ada lampu
hijau.
“ Tentulah...kita akan kahwin...” Jawab Sulod
gembira.
Muka Yati kelihatan bertambah kemerah-merahan. Sulod menghampiri Yati. Yati berundur sedikit ke belakang. Sulod
mengambil senapang dari tangan Yati.
Dia membelek-belek senapang itu. “ Entah berlesen entah tidak senapang ni.Tapi
takpa, yang penting orang tak dengar
bunyinya kalau aku yang tembak,’’ bisik hatinya.
Beberapa ekor lalat asyik menghurung dua ekor pelanduk
gemuk yang diikat kemas dan disangkutkan
pada dahan pokok renek. Tidak jauh dari situ, di pinggir sungai
kelihatan sepasang insan sedang asyik
dilamun dunia indah mereka.
Andaikata sungai itu tiba-tiba banjir, pastilah mereka
berdua akan hanyut sekalingus kerana tidak menyedari kehadiran banjir itu. Ya...Sulod sedang berjuang menjolok sarang burung yang baru ditemuinya itu. Masih terlalu sukar baginya untuk meneroka
gua sarang burung yang masih asing bagi penjoloknya itu.
Tidak lama kemudian mereka berdua pun meneruskan
perjalanan. Yati sering mengulangi kata-kata harapannya terhadap Sulod agar dia mengotakan janjinya.
Sulod
mengangguk-angguk sahaja sambil tersenyum . Dia memandu bot enjin sangut itu dengan laju
menyusuri sungai Sugud.
Akan tetapi tiba-tiba
Yati menangis di atas perahu enjin sangkut itu. Sulod segera
memperlahankan kelajuan bot itu
sementara bertanya kepada Yati,
apa sebabnya dia menangis.
“ Kita kan
bersaudara pula tu, sepupu pertama. Jadi bagaimanalah ni ?!!” Luah Yati
menampakkan kerisauannya. Baru
dia sedar bahawa mereka rupanya
bersaudara.
“ Kalau saya mengandung nanti, siapa yang
bertanggungjawab? Kita berdua tak boleh
kahwin. ’’ulang Yati lagi.
Sulod juga merasa serba-salah dengan apa yang telah
dibuatnya terhadap Yati. Dapat
dibayangkannya sogit sumbang, dan sogit kampung yang bakal disediakannya
apabila dia dihukum dengan hukum adat
Orang Sungoi. Dua tiga ekor kerbau mestilah disediakan
olehnya nanti. Dapatkah harga sarang burung yang diperolehinya di hutan
Kolinganan tempoh hari menampung sogit
yang bakal dikenakan terhadapnya nanti?
Sulod berkira-kira sendirian. Yati pula semakin berasa bimbang. Dia mempersalahkan Sulod
dengan apa yang dibuatnya tadi. Terasa ingin sahaja dia terjun ke
sungai Sugud untuk membunuh
diri. Biarlah buaya di sungai itu membahamnya.
“ Bertenang Yati...bertenang...setiap masalah ada
penyelasaiannya, ’’ Sulod berusaha mententeramkan fikiran Yati yang berkecamuk
itu.
Apakah yang terjadi seterusnya? Mereka berdua tiba di
rumah Yati ketika unggas malam mulai
berbunyi. Tanpa berkata apa-apa Yati
melangkah lemah menuruni perahu bot.
Dua
hari selepas itu, Sulod pun berangkat balik ke kampungnya di Kampung Kaingaran
bersama dengan kawan-kawannya.
Dia
berjanji pada Yati bahawa dia akan kembali lagi untuk menziarahinya pada bulan
depan. Dipendekkan cerita, sebulan
selepas Sulod kembali ke kampungnya dan memperolehi harga bagi sarang burungnya,
Sulod pun kembalilah ke Kampung Gusi untuk menziarahi Yati.
Dia
mengharapkan agar dia dapat mengulangi saat indah bersama Yati di hutan
Kinolinganan lagi. Ketibaanya disambut
Yati dan ibu bapanya dengan mesra. Sayangnya harapan Sulod menjadi hampa
apabila Yati sudah bertunang dengan seorang pemuda di kampung tersebut.
Sekian.
Sekian.
Mat Tapai : Aku tak naklah main taktik tembak-tembak ni...bahaya...hehe