Pada bulan ini saya sudah melangkah ke semester 2 dalam tahun 1 di UMS. Bukanlah bermakna ingin memberitahu rasa egois pada rakan sekampung tetapi sahaja untuk mencuri peluang keemasan untuk berkongsi pahit getir kehiduapan sebagai seorang pelajar.
Kursus ini adalah kursus yang sama diambil semasa saya di peringkat sijil dulu iaitu Teknologi Seni Visual selama setahun. Kursus ini merupakan pilihan pertama saya sejak sekolah menengah lagi. Apa yang ingin saya kongsikan kepada anda semua ialah mengenai dengan cabaran dan situasi saya dalam menghadapi pelbagai masalah yang saya pernah hadapi di sini. Tidak dinafikan bahawa kita semua punya masalah yang tersendiri dan tidak ada suatu pun perjuangan yang tidak ada cabarannya. Saya bukanlah hendak mengajar anda semua bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kerana saya sendiri bukanlah orang yang bijak. Apalah pengalaman yang saya hadapi jika dibandingkan dengan pengalaman yang anda hadapi.
Masalah paling besar yang saya hadapi di sini adalah masalah kewangan. Ini disebabkan saya tidak mempunyai satu dokumen penting yang diperlukan oleh pihak PTPTN iaitu transkrip sijil Seni Visual. Masalah ini berjangkit dengan masalah yang seterusnya. Saya yakin hampir semua orang kampung seperti saya mempunyai masalah seperti ini. Lainlah kiranya mereka itu orang bandar, tetapi adakalanya mereka memiliki sesuatu dengan berhutang dengan bank. Ya,tentunya apabila kita terdesak kita terpaksa meminjam dan meminjam.
Saya pernah mengambil peluang bekerja part time sebagai pembuat kopi di sebuah restoran selepas waktu kuliah, gajinya hanya Rm4.00 sejam dan saya hanya mampu kerja selama 2 jam setiap hari. Sayangnya saya hanya mampu kerja part time selama sebulan sahaja, kerana selepas itu kesibukan menghantui saya. Suatu hari saya terlewat sampai ke kuliah, lebih daripada 1 jam kerana sakit perut. Segan rasanya untuk masuk ke dalam kuliah apatah lagi pensyarah yang mengajar kami pada masa itu adalah dekan sekolah kami. Alangkah ruginya saya kerana rasa malu dan segan itu telah mendorong saya agar tidak masuk ke kuliah. Saya telah berfikir dan mengambil keputusan untuk menulis sepucuk surat dan berjumpa dengan beliau selepas kuliah tersebut.
Saya tahu alasan sakit perut adalah sukar dipercayai oleh sesetengah orang. Alasan budak2 kata mereka. Namun ini adalah realiti malang yang pernah saya hadapi. Saya benar2 sakit perut pada awal pagi itu kerana makanan yang saya makan. Kesibukan membuat assaiment tanpa wang yang cukup untuk membeli makanan adalah suatu penyeksaan. Saya terpaksa memilih untuk mengutamakan assaiment dengan kewangan yang saya ada daripada makanan, tetapi tak kisah yang penting assaiment siap.
Selepas kuliah tersebut saya pun menemui pensyarah/dekan itu. Apa yang terjadi kepada saya seterusnya ialah...?-bersambung pada minggu depan.