Sunday, October 19, 2014

Pencari sarang burung rela mati bila diajak pulang


Sarang burung merupakan suatu  herba yang sangat mahal dan sukar ditemui.  Harganya boleh mencecah puluhan ribu . 

Tidak hairanlah ramai orang berlumba-lumba untuk mencarinya di lembah mahupun di kaki gunung. Dipercayai sarang burung mempunyai banyak khasiat yang sangat berguna untuk tujuan perubatan dan produk kesihatan yang lain.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang pencari sarang burung yang bernama Sulod. Sulod berasal dari kampung Kaingaran Ranau. Dia bertekad ingin mengubah hidupnya dengan mengikuti rombongan beberapa orang sahabat dari kampungnya untuk mencari sarang burung  untuk dijual kepada tauke cina.  Salah satu lokasi pencarian sarang burung yang popular di pedalaman daerah Ranau ialah di hutan Kinolinganan yang terletak di Kampung Gusi.

Lalu dengan menggunakan perahu enjin sangkut, Sulod dan beberapa orang sahabatnya pun mengharungi Sungai Sugud.  Maka bermulalah aktiviti mencari sarang burung di hutan tebal Kinolinganan. Hujan dan ribut yang melanda adalah lumrah biasa yang dihadapi oleh Sulod dan rakan-rakannya.  

Aktiviti mencari sarang burung begitu mencabar dan berisiko.  Aksi menjolok dan megait sarang burung pada celah-celah lelangit gua bagaikan telur di hujung tanduk.Namun semua itu tidak dihirukan oleh Sulod dan rakan-rakannya kerana itulah satu-satunya sumber pendapatan mereka.  Pada era 90-an harga getah masih terlalu rendah, hanya 80 sen bagi sekilo harga kepingan.

Setelah tiga hari mencari sarang burung, akhirnya Sulod dan rakan-rakannya pun berehat. Hutan Kinolinganan tidaklah menghampakan mereka dengan sarang burung.  Adalah juga sedikit sarang burung yang mereka dapat.  Memandangkan mereka mempunyai saudara di kampung Gusi, Sulod dan rakan-rakannya singgah sebentar di rumah saudara mereka dan tinggal bersama selama beberapa hari  sebelum pulang ke kampung Kaingaran.

Sulod mengunjungi rumah bapa saudaranya di kampung Gusi.  Bapa saudaranya yang sudah lanjut usia itu mempunyai seorang anak gadis yang bernama Yati.  Yati yang baru berumur 23 tahun itu, tidaklah terlalu cantik di mata Sulod, namun dia sangat peramah dan lasak orangnya.  Mereka menyambut kedatangan Sulod dengan mesra.  Sehari berlalu Sulod tinggal bersama dengan mereka, kedengaran bapa saudaranya menyuruh Yati  supaya pergi berburu di hutan.

“ Tapi siapa kawan saya bapa? ’’tanya Yati.
 “ Alaa...bawa sahaja si Ulod tu ba...dia kan ada bot. Saya kepingin sudah mahu merasai daging payau ni,’’ kata bapanya.

Sulod  setuju. Setelah bersiap sedia dengan membawa  peralatan seperti selimut, garam, beras, mangkuk  dan bahan api,   Sulod  dan Yati pun bertolak dengan bot menyusuri sungai Sugud menuju ke hutan Kinolinganan sekali lagi untuk berburu.  Selaras senapang patah berlesen  turut dibawa bersama.  Setibanya di hutan Kinolinganan, mereka berdua pun mulailah mencari bintang buruan.

Setiap kali melangkah,  Yati selalu mendahului Sulod untuk meninjau ke hadapan bagi mencari binatang buruan.  Ternyata Yati sangat lasak.  
Dua tiga ekor pelanduk gemuk tumbang di tangan Yati.  Tembakannya tepat  mengenai sasaran.    Sulod pula ditugaskan oleh Yati  untuk menyandang pelanduk yang ditembaknya.   Dia tidak mahu Sulod mengambil giliran untuk menembak.   Memang hobi gadis itu ialah menembak.  

“  Aku pun penembak tepat juga bah,” kata Sulod kepada Yati.   Yati hanya tersengih mendengar Sulod merungut kerana ingin memegang senapangnya.  

Walhal jauh di sudut hati Sulod dia memikirkan perkara lain.  Langsung tidak terlintas di fikirannya tentang binatang buruan.  Yang terbayang di fikirannya ialah bagaimana dia ingin membuat Yati percaya bahawa dia juga adalah penembak jitu.

“ Aku boleh tembak sasaran tanpa bunyi, “boom!!” hehe....”kata Sulod lagi.
“ Tembiranglah...tembak apa pula kalau tiada bunyi?” Jawab Yati.
Meksipun gadis itu nampak  “tomboy” namun
gerak  gerinya tetap mempersona hati Sulod. 
“ Kalau aku  terburu-buru, takut nanti  ditembaknya aku...bagaimana ya?” bisik hati Sulod.

Tiba-tiba seekor ibu babi hutan yang gemuk mendengus kuat serta berlari ke arah depan mereka berdua.  Yati  kaget lalu menerpa ke arah Sulod.  Senapang di tangannya  terlempar  jauh ke tepi. Sulod yang turut terkejut melihat kemaraan binatang itu terpaku.  Lalu dia rebah diterpa Yati dari depan.   Langsung tangan Sulod terpegang buah belunu Yati yang sedang ranum itu.

“ Arggh...lepaskan tangan kau,’’ jerit  Yati.
Mujur babi hutan itu menyimpang ke arah lain dan tidak menyondol mereka berdua.  Kalau tidak teruklah mereka digigitnya.  Menurut  cerita orang tua, babi hutan tidak akan melepaskan gigitannya terhadap mangsa selagi guruh tidak bergema di udara.

“ Marilah kita balik,” kata Yati. 
“ Balik?” Sulod terdiam seketika. Dengan langkah yang longlai dia mengambil dua ekor pelanduk yang terlempar ke tepi sebentar tadi.

Sulod berjalan mengikuti Yati.  Mereka menyusur  anak Sungai Sugud untuk menuju ke muara sungai di mana mereka menambat bot enjin sangkut awal pagi tadi.
Sulod lambat-lambat berjalan dari belakang. Dia sedang memeras akalnya untuk merencanakan niat yang dipendamnya sejak mereka pergi berburu. Ketika mereka berdua semakin hampir ke muara sungai. Tiba-tiba Sulod dia mendapat satu akal.

“ Tunggu dulu...” Jeritnya kepada Yati. Yati berhenti  sebentar dan menunggu Sulod.  Sulod menghampiri Yati. 
“ Kenapa tu?’’ tanya Yati.
“ Tiada...pinjamkan aku senapang kau sekejap,”pinta Sulod.

Yati memberikan senapang itu kepada Sulod dengan penuh kehairanan.  Mukanya berkerut memandang gelagat Sulod.  Lama Sulod duduk mencangkung sambil membelek-belek senapang itu di atas batu besar tanpa berkata sepatah kata pun. 

“ Kau nak buat apa tu? Cepatlah kita balik rumah...nanti hujan,” Kata Yati bersungut sambil menepis lalat yang menghurung kakinya.
 “ Saya tak mahu balik...”Jawab Sulod.
“ Kenapa?” tanya Yati.
“ Saya mahu mati di sini...nah, tembaklah saya kalau kau mahu...saya rela mati,”
“Tapi kenapa?” tanya Yati lagi kehairanan.
Perlahan-lahan Sulod menjawab “ Saya sebenarnya teringin benar  x*@#^z  sama kau ni...!! ”
“ Apa kau cakap? Jangan jadi gilalah..!!” Jerit Yati.
Pipinya nampak kemerah-merahan.
“ Sebab itulah kalau kau marah, kau bunuh sahaja saya sekarang dengan senapang ini...saya rela mati di tangan kau..tapi saya tidak akan balik selagi kau tak sudi  x*@#^z   dengan saya...”
“ Jangan jadi gila...!!” Jerit yati sambil mengambil senapang dari tangan Sulod.  Dia membelek-belek senapang itu dan memeriksa isinya.
Di kantungnya masih ada sepasang peluru gred BB dan basut. Yati mengeluarkan peluru gred basut dari kantung itu dan memasukkannya ke dalam senapang.

Ah...matilah saya kali ini...kalau dia betul-betul tembak saya.    Bisik hati Sulod.
Yati kemudian menghalakan muncung senapang ke arah Sulod.  Sebelah matanya membidik ke arah sasaran. Sulod semakin gelisah.  Dia merasa bodoh dengan apa yang diperkatakannya sebentar tadi.  Nafsunya yang mendidih-didih  terhadap Yati  sebentar tadi semakin kendur.  Akan tetapi dia tetap diam. 

Yati menarik nafas.  Dia kemudian mengeluarkan peluru basut dari senapang itu.   Lalu dia mundar-mandir di tepi Sulod sebentar seolah-olah memikirkan sesuatu. 
“ Saya tak pandai memandu bot tu.  Marilah kita pulang cepat. Jauh tu...nanti kemalaman kita ” kata Yati perlahan.

“ Tak mahu...selagi kau tak  tembak saya !!” tegas Sulod.
“Bah...kalau saya mengandung nanti siapa yang susah? Kau bertanggungjawab jugakah ni?” Tanya Yati .
Mendengar kata-kata itu, Sulod terasa bagaikan ada lampu hijau. 
“ Tentulah...kita akan kahwin...” Jawab Sulod gembira. 
Muka Yati kelihatan bertambah kemerah-merahan.  Sulod menghampiri Yati.  Yati berundur sedikit ke belakang. Sulod mengambil senapang dari  tangan Yati.
Dia membelek-belek senapang itu.  “ Entah berlesen entah tidak senapang ni.Tapi takpa,  yang penting orang tak dengar bunyinya kalau aku yang tembak,’’ bisik hatinya.

Beberapa ekor lalat asyik menghurung dua ekor pelanduk gemuk yang diikat kemas dan disangkutkan  pada dahan pokok  renek.  Tidak jauh dari situ, di pinggir sungai kelihatan sepasang insan sedang  asyik dilamun dunia indah mereka.
Andaikata sungai itu tiba-tiba banjir, pastilah mereka berdua akan hanyut sekalingus kerana tidak menyedari kehadiran banjir itu.  Ya...Sulod sedang berjuang menjolok  sarang burung yang baru ditemuinya itu.  Masih terlalu sukar baginya untuk meneroka gua sarang burung yang masih asing bagi penjoloknya  itu.

Tidak lama kemudian mereka berdua pun meneruskan perjalanan.  Yati  sering mengulangi kata-kata harapannya  terhadap Sulod agar dia mengotakan janjinya.
Sulod  mengangguk-angguk sahaja sambil tersenyum .  Dia memandu bot enjin sangut itu dengan laju menyusuri sungai Sugud. 

Akan tetapi tiba-tiba  Yati menangis di atas perahu enjin sangkut itu. Sulod segera memperlahankan  kelajuan  bot itu  sementara bertanya  kepada Yati, apa sebabnya dia menangis.
“  Kita kan bersaudara pula tu, sepupu pertama. Jadi bagaimanalah ni ?!!” Luah  Yati  menampakkan kerisauannya.  Baru dia sedar bahawa mereka  rupanya bersaudara. 
“  Kalau  saya mengandung nanti, siapa yang bertanggungjawab?  Kita berdua tak boleh kahwin. ’’ulang Yati lagi. 

Sulod juga merasa serba-salah dengan apa yang telah dibuatnya terhadap Yati.  Dapat dibayangkannya sogit sumbang, dan sogit kampung yang bakal disediakannya apabila dia dihukum dengan  hukum adat Orang Sungoi.  Dua tiga ekor kerbau mestilah  disediakan  olehnya nanti. Dapatkah harga sarang burung yang diperolehinya di hutan Kolinganan  tempoh hari menampung sogit yang bakal dikenakan  terhadapnya nanti?

Sulod berkira-kira sendirian. Yati pula semakin  berasa bimbang. Dia mempersalahkan Sulod dengan apa yang dibuatnya tadi. Terasa ingin sahaja dia terjun  ke  sungai  Sugud untuk membunuh diri.  Biarlah buaya di sungai itu  membahamnya.
“ Bertenang Yati...bertenang...setiap masalah ada penyelasaiannya, ’’ Sulod berusaha mententeramkan fikiran Yati yang berkecamuk itu.

Apakah yang terjadi seterusnya? Mereka berdua tiba di rumah Yati  ketika unggas malam mulai berbunyi.  Tanpa berkata apa-apa Yati melangkah lemah menuruni perahu bot. 
Dua hari selepas itu, Sulod pun berangkat balik ke kampungnya di Kampung Kaingaran bersama dengan kawan-kawannya.

Dia berjanji pada Yati bahawa dia akan kembali lagi untuk menziarahinya pada bulan depan.  Dipendekkan cerita, sebulan selepas Sulod kembali ke kampungnya dan memperolehi harga bagi sarang burungnya, Sulod pun kembalilah ke Kampung Gusi untuk menziarahi  Yati.

Dia mengharapkan agar dia dapat mengulangi saat indah bersama Yati di hutan Kinolinganan lagi.  Ketibaanya disambut Yati dan ibu bapanya dengan mesra. Sayangnya harapan Sulod menjadi hampa apabila Yati sudah bertunang dengan seorang pemuda di kampung tersebut.
Sekian.


Mat Tapai :  Aku tak naklah main taktik tembak-tembak ni...bahaya...hehe