Thursday, March 18, 2010

Orang kampung yang berfikiran sempit


Haiii...aku pun tidak faham mengapa sikap orang kampung ku ada yang berfikiran sempit. Aku bukan maksudkan diriku ini sudah terlalu baik dari mereka. Namun aku cukup terkilan terhadap sikap mereka terutamanya orang tua-tua termasuklah ketua kampungnya sendiri. Aku bukanlah mengharapkan diri ku disanjung-sanjung atas bakul kerana berjaya melanjutkan pelajaran selangkah sedikit daripada mereka,kerana aku tahu sikap perasan siswa yang sebegitu tidak wajar sama sekali.Dah ketinggalan zaman sejauh-jauhnya.Dalam era moden ini belambak-lambak siswazah mengganggur akibat terlalu memilih pekerjaan.Ini kerana mereka kebanyakkannya mengharapkan pekerjaan berkolar putih sesuai dengan tahap kelulusan mereka.

Aku sudah cukup bosan dengan karenah orang kampung di tempatku,mungkin juga di tempat anda.Apa tidaknya mereka sering mempersoalkan tentang kos pengajian ku. Kata mereka kalau bukan ambil kursus perguruan tak ada masa depan.Maknanya kalau ambil kursus lain seperti akauntan,perniagaan,sains sukan,seni dan sebagainya selain daripada pendidikan,tak kan ke mana selain ke kebun getah juga akhirnya.Aku rasa sungguh sakit hati dan tercabar besar dengan pandangan mereka ini.Apa lagi yang pernah memperkatakan tentang hal ini ialah ketua kampung di tempat penulis sendiri. Tiadalah aku merasa meradang sangat cuma sangat terkilan dengan persepsi itu. Maklumlah aku ini ambil kos seni visual di UMS. Mungkin persepsi orang kampung inilah yang menyebabkan orang2 kampung nun jauh di sana, dilabelkan sebagai PENANSAWA. Sering menyakitkan hati orang kampungnya sendiri tanpa memandang jauh ke hadapan.

Kebetulan aku pun minat menoreh getah juga pada masa cuti.Lalu kukatakan padanya bahawa aku ingin menjadi pengusaha getah profosional selepas tamat ijazah nanti. Ha...haa..! Dia mentertawakan ku sekuat hati.Dan dia memang dikenali dengan sikap ketawa yang mampu menyumbang kepada pencemaran bunyi.Entah bagaimana mentaliti orang kampung di sebelahku ini berubah.Mungkin sahaja persepsi mereka akan berubah setelah aku membuktikan kepada mereka bahawa aku pun boleh berjaya suatu hari nanti.

Biarpun aku hanyalah seorang pelajar yang mengambil kursus Seni Visual namun aku punya cita-cita juga. Tak perlu kuberitahu panjang lebar kepada mereka. Rasa nak muntah sahaja memberi pengertian kepada mereka yang hanya suka angguk dan geleng mendengar kemudian mengata di belakang kita.( mengelilimut )